Berikut disenaraikan, punca-punca yang menyebabkan projek gagal disiapkan didalam masa yang ditetapkan atau mengikut tempoh kontrak:
- Terdapat banyak perubahan kerja (VO) di tapak
- Kekurangan tenaga buruh untuk melaksanakan kerja di tapak
- Kontraktor mempunyai masalah kewangan untuk pembelian bahan-bahan atau material yang diperlukan di tapak
- Majikan atau klien lewat untuk memproses tuntutan bayaran secara interim
- Berlaku kekurangan bahan-bahan utama di pasaran seperti simen atau besi
- Terdapat halangan di kawasan pembinaan seperti pokok besar, struktur lama, rumah ibadah ketika projek sedang berjalan
- Terdapat bantahan atau injuksi daripada penduduk setempat yang berdekatan projek
- Kontraktor tidak mahir dalam mengendalikan projek
- Halangan atau arahan-arahan semasa yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti TNB, Telekom atau SYABAS
- Kekurangan jentera dan loji di tapak
- Kenaikan harga mentah dunia seperti diesel atau petrol
- Buruh-buruh yang bekerja di tapak telah ditangkap oleh Pihak Berkuasa dalam siri-siri operasi pembersihan atau pemutihan
0 ulasan:
Catat Ulasan