Current Visitor

Jumaat, 1 Jun 2012

Berita Projek: Landasan ERL ke KLIA2 siap hujung tahun

 
Berita Harian : 30 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Pembinaan landasan lanjutan kereta api laju Express Rail Link (ERL) dengan kos RM100 juta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), terminal penerbangan tambang rendah di Sepang, dijangka siap pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor, berkata kerja pembinaan berjalan lancar dan projek itu sudah 45 peratus siap dengan tempat letak kereta sudah tersedia di terminal baru itu. 

Mengenai kemajuan landasan lanjutan sejauh 2.2 kilometer itu, beliau berkata:
"Keseluruhan permukaan berturap konkrit sudah hampir siap dan sedia untuk dipasang di pengantap.

"Kami sudah selesai kira-kira 400 meter pengantap di KLIA2," katanya pada sidang akhbar bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit.

Terminal KLIA2 itu dijadual memulakan operasi April tahun depan.

Ditanya mengenai tambang tiket ERL ke KLIA2, Noormah berkata harga bagi perjalanan sehala dari KL Sentral adalah sebanyak RM35, sama dengan harga tambang ke KLIA.
"Bagaimanapun, dari KLIA ke KLIA2, penumpang hanya perlu membayar RM2. Ia lebih murah berbanding harga RM2.50 yang dikenakan bagi perjalanan bas dari KLIA ke LCCT.

"Bagi perjalanan yang selesa dan pantas, tambang RM2 ke KLIA2 adalah berpatutan," katanya. - BERNAMA

1 ulasan:

azilan berkata...

Mudah dan cepat