GAMBARAN fungsi terowong SMART menangani banjir |
Berita Harian @ 15 Mei 2012. PETALING JAYA: Terowong
SMART (SMART) yang dibina dengan matlamat mengurangkan banjir di ibu kota
berjaya 'menyelamatkan' ibu negara daripada mengalami kerugian dianggarkan
mencecah sehingga RM500 juta akibat banjir sejak dibina lima tahun lalu.
Pengarah projek SMART, Datuk Ir Azmi Mat Nor, berkata nilai berkenaan diperoleh berdasarkan kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berpandukan lapan banjir besar yang berjaya dielak selepas terowong berkenaan berfungsi sepenuhnya pada Julai 2007.

Berdasarkan kajian JPS,
SMART menganggarkan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu dapat mengelak
kemusnahan akibat banjir mencecah RM5 bilion sepanjang lebih 30 tahun tempoh
konsesinya.
Azmi berkata, SMART yang juga terowong dwi
fungsi pertama di dunia dibina dengan objektif utama mengalih lebihan air di
sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat
bandar, selain mengurangkan kesesakan jalan raya pada cuaca biasa.
Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Melaka, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavillion.
“Kawasan diliputi SMART tidak lagi dilanda banjir seperti sering berlaku sebelum terowong ini berfungsi sepenuhnya sebelum ini.
“Bagaimanapun, masih ramai orang awam tidak mengetahui liputan sebenar SMART, menyebabkan ada di antara mereka membuat andaian terowong itu tidak berfungsi dengan baik dalam kejadian banjir contohnya pada Mac dan Mei lalu, sedangkan kawasan terbabit berada di luar liputan kami,” katanya pada sidang media di Menara Gamuda, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian bagi mengulas kejadian
banjir besar di Ampang, Bukit Belacan dan Hulu Langat pada 7 Mac lalu serta
Setapak, Salak Selatan, Bandar Tun Razak dan Kajang (2 Mei) yang berada di luar
liputan SMART.
Katanya, SMART mempunyai jangka hayat 100 tahun dan dengan perubahan suhu tidak menentu, keupayaannya mengelak kerosakan akan menjadi lebih besar, sekali gus memanfaatkan negara ini.
“SMART beroperasi dalam beberapa peringkat mod yang menyaksikan ia akan ditutup sepenuhnya daripada kenderaan apabila mencapai mod empat bagi membolehkan terowong berkenaan dilalui air sepenuhnya apabila mencapai tahap tertinggi.
“Setakat tahun ini saja, SMART sudah berada pada mod empat sebanyak dua kali iaitu ketika banjir pada Mac dan Mei.
“Jika terowong ini tidak direka dengan fungsi mengalih alihan air daripada memasuki ibu kota, kesan banjir baru-baru ini dijangka lebih teruk lagi,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan