Pengarang : Ahamad Abdullah & Khairuddin Abdul Rashid
Penerbit : Prentice Hall
Sinopsis :
Buku ini disediakan sebagai teks pengenalan khusus untuk pelajar-pelajar pengukuran kuantiti bangunan. Kandungan buku ini mengambil kira silibus program ukur bahan di semua IPTA. Di samping itu, buku ini sesuai untuk pelajar bidang kejuruteraan awam, bangunan dan ukur bangunan .
Buku ini telah ditulis di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerangan berkenaan pengukuran kerja ditulis di dalam Bahasa Melayu agar para pelajar dapat memahami prinsip pengukuran dengan lebih berkesan. Contoh-contoh kerja pula ditunjukkkan di dalam Bahasa Inggeris kerana senarai kuantiti yang merupakan produl akhir kerja pengukuran, yang digunakan di dalam indsutri pembinaan masa kini disediakan di dalam Bahasa Inggeris.
Setiap bab berkaitan pengukuran kerja dimulakan dengan menerangkan peraturan dan cara-cara pengkuran elemen bangunan berkaitan dan disertakan contoh kerja untuk memudahkan pemahaman pelajar. Semua peraturan pengukuran dan contoh kerja adalah berdasarkan Malaysian Standard Method Of Measurement of Building Works (Second Edition) (SMM 2)
5 ulasan:
salam,
dimana saya boleh mendapat kan buku pengukuran kuantiti oleh ahmad abdullah?
please reply as soon as possible . :)
thank you...
buku tersebut boleh didapati di kedai buku sekitar Jalan TAR dan berhadapan dengan SOGO
sedang mencari buku ini.boleh bagitau name kedai buku tu x?
terima kasih
apa nama kdai buku tu?
klau ssh sgt nk cr..gi uitm shah alam beli sdr kt prof.ahamad abdullah..lecturer kt situ.. :)
Catat Ulasan