Current Visitor

Khamis, 9 Februari 2012

GARIS PANDUAN PENUTUPAN TENDER / SEBUTHARGA

Untuk rujukan bersama bagi mengelakkan tender atau sebutharga ditolak atau tidak diterima oleh pejabat atau jabatan yang memanggil tender atau sebutharga.
  • Pastikan Pejabat, Tarikh dan Waktu penutupan seperti dinyatakan dalam iklan/kenyataan  tender/addendum (jika ada). 
  • Pastikan Dokumen Tender/Sebutharga dilengkapkan dengan mematuhi “Senarai Semakan Mengemukakan Tender” (jika berkenaan) dan “Arahan kepada Pentender” (jika berkenaan). 
  • Pastikan Dokumen Tender/Sebutharga dan dokumen-dokumen sokongan di masukkan dalam sampul surat dan dilakri.  Nombor tender, nama projek dan alamat tempat tender ditutup  hendaklah ditulis dengan terang pada sampul surat. 
  • Bagi penghantaran dengan pos pastikan ia boleh sampai sebelum tarikh tutup tender dan  alamat tempat tutup dinyatakan dengan “tepat”. 
  • Bagi penghantaran dengan “Perkhidmatan Penghantaran Cepat”, pastikan ianya diuruskan  oleh pentender sendiri untuk mengelakkan tender tidak diterima disebabkan oleh nama  penghantar tidak terdapat di dalam senarai pembeli dokumen. 
  • Bagi penghantaran melalui “Wakil” pastikan beliau mengetahui nama pentender yang membeli Dokumen Tender/Sebutharga. 
  • Perhatian - Tender yang sampai lewat daripada waktu tutup sama sekali tidak boleh diterima walau di atas apa jua alasan sekalipun.

0 ulasan: