Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia |
Kerjaya sebagai penjawat awam adalah salah satu pilihan kepada para graduan-graduan yang bakal menamatkan pengajian baik diperingkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil.
Berikut dilampirkan syarat-syarat pelantikan ke jawatan Juruukur Bahan , Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik Ukur Bahan sebagai panduan kepada para graduan yang ingin memohon jawatan di sektor awam.
1. Juruukur Bahan (QS)
Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruukur Bahan J1-1 : RM 2,090.00 - RM 6,385.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 230.00
2 . Penolong Juruukur Bahan
Anggaran Gaji Permulaan Untuk Penolong Juruukur Bahan J2-1 : RM 1,565.00 - RM 4,330.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00
3. Juruteknik Ukur Bahan * Syarat-syarat kelayakan juga terpakai untuk Juruteknik Senibina, Awam, Mekanikal dan Elektrikal
KLASIFIKASI | : | PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN | : | PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
GRED GAJI/JAWATAN | : | J1-1, J1-2, J1-4, J1-5, J1-6 |
TARIKH KUAT KUASA | : | 1 JANUARI 2012 |
SYARAT LANTIKAN | 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J1-1: T1). |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN | 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik bidang ukur bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II yang diiktiraf oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUUKUR BAHAN GRED J1-2, J1-4, J1-5, J1-6 ATAU JAWATAN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI | 4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2, J1-4, J1-5, J1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:- (a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2 di atas; dan (b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J1-2 | 5. Juruukur Bahan Gred J1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J1-4 | 6. Juruukur Bahan Gred J1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-4 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J1-5 | 7. Juruukur Bahan Gred J1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-5 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J1-6 | 8. Juruukur Bahan Gred J1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-6 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan |
Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruukur Bahan J1-1 : RM 2,090.00 - RM 6,385.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 230.00
2 . Penolong Juruukur Bahan
KLASIFIKASI | : | PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN | : | PELAKSANA |
GRED GAJI/JAWATAN | : | J2-1, J2-4, J2-5 |
TARIKH KUAT KUASA | : | 1 JANUARI 2012 |
SYARAT LANTIKAN | 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J2-1: T1). |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
PEPERIKSAAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN | 3. Penolong Juruukur Bahan hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J2-4 | 4. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J2-5 | 5. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-5 yang kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. |
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN JURUUKUR BAHAN | 6. Penolong Juruukur Bahan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan |
Anggaran Gaji Permulaan Untuk Penolong Juruukur Bahan J2-1 : RM 1,565.00 - RM 4,330.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00
3. Juruteknik Ukur Bahan * Syarat-syarat kelayakan juga terpakai untuk Juruteknik Senibina, Awam, Mekanikal dan Elektrikal
KLASIFIKASI | : | PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN | : | PELAKSANA |
GRED GAJI/JAWATAN | : | JA3-1, JA3-2, JA3-3 |
TARIKH KUAT KUASA | : | 1 JANUARI 2012 |
SYARAT LANTIKAN | 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Sijil dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA3-1: T1). | |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. | |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN | 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik dan Pembantu Kemahiran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruteknik Gred JA3-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. | |
PEPERIKSAAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN | 4. Juruteknik hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan. | |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA3-2 | 5. Juruteknik Gred JA3-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-2 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan. | |
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA3-3 | 6. Juruteknik Gred JA3-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-3 yang kosong apabila telah:-
|
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN JURUUKUR BAHAN, | 7. Juruteknik yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1, yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan |
Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruteknik Ukur Bahan J3-1 : RM 1,410.00 - RM 4,185.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00
8 ulasan:
Wah dah confirm ke gaji tu?
=)
InsyaAllah dah betul anggaran gaji tu
mcmmana nak mohom jawatan ni?
saudara zaid: Jawatan untuk QS ni boleh dipohon melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) www.jpa.gov.my atau lihat selalu tawaran pekerjaan yang ada pada akhbar-akhbar harian. Selamat mencuba
kalau qs j1-1.. gaji permulaan rm2090..
ok, isda, terima kasih atas makluman
Catat Ulasan