Proses pelantikan perunding ada diterangkan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil 2 / 2011. http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp022011.pdf Ia terbahagi kepada 4 jenis perolehan iaitu secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTKBS), Pelawaan Terhad, Pelawaan Terbuka (dengan Pre-Q) atau Pelawaan Terbuka (tanpa Pre-Q).
Dalam artikel ini akan menerangkan tentang Proses Pelantikan Perunding - Lantikan Terus Berserta Kos Siling (LTKBS).
Proses LTKBS adalah digunapakai untuk projek yang bernilai RM 5 Juta ke bawah atau kos kajian tidak melebihi RM 500 Ribu.
Proses-proses yang terlibat dalam LTKBS adalah seperti berikut:
- Pegawai Pengawal (PP) memberi kebenaran
- Sediakan Term Of Reference (TOR) dan anggaran kos oleh JPP (Jawatankuasa Penilaian Perunding)
- Sediakan Kertas Perakuan Pelantikan & Kos Siling
- Agensi melalui JPP memperakukan 1 atau lebih perunding yang dipilih melalui sistem e-perunding
- Pertimbangan pemilihan perunding oleh PBM (Pihak berkuasa Melantik) yang kebiasaannya oleh Jawatankuasa Sebutharga (JKSH) Agensi
- Pengeluaran Surat Pelawaan kepada Perunding
- Penerimaan CTK (Cadangan Teknikal Dan Kewangan) dari pihak perunding
- Rundingan & Muktamadkan kos perunding
- Pengeluaran Surat Setujuterima (LA) kepada perunding
- Tandatangan perjanjian bersama perunding
- Proses pelaksanaan dan pembayaran
0 ulasan:
Catat Ulasan