Siapakah Sub Kontraktor?
Sub Kontraktor ialah kontraktor kecil yang dilantik terus oleh kontraktor atau pemborong utama bagi melaksanakan kerja-kerja mengikut tred atau kepakaran masing-masing.
Sebagai contoh, katakan untuk pelaksanaan suatu projek pembinaan sebuah jambatan baru di Gemas, Negeri Sembilan. Kontraktor utama mungkin akan melantik sub kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja seperti memasang 'suspended beam', kerja-kerja menanam cerucuk atau kerja-kerja pembinaan permbukaan jalan di atas jambatan.
Pelantikan sub kontraktor adalah berkemungkinan, kontraktor utama tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran untuk bidang-bidang tertentu.
Mengikut kebiasaan, sub kontraktor dilantik melalui penerimaan sebutharga yang terbaik dan mempunyai pengalaman kerja sebelum sesuatu kerja dalam kontrak utama itu dilaksanakan. Setelah sebutharga itu diterima, satu surat setujuterima akan dikeluarkan sendiri oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor.
Terma pembayaran untuk sub kontraktor adalah bergantung kepada peratus kerja yang dilaksanakan atau workdone di tapak atau berdasarkan konsep 'back to back' iaitu sub kontraktor akan menerima pembayaran setelah kontraktor utama menerima pembayaran daripada pihak klien.
Walaubagaimanapun, kerap kita dengar pelbagai masalah berkaitan sub kontraktor antaranya adalah seperti berikut:
- Sub kontraktor tidak mendapat bayaran dari kontraktor utama
- Sub kontraktor lari atau cabut ketika projek sedang berjalan atas masalah-masalah dalaman seperti kewangan atau buruh tidak mencukupi
Oleh yang demikian, peranan sub kontraktor adalah amat penting untuk penyiapan suatu projek, tetapi dengan syarat, perlaksanaan kerja perlu mengikut speksifikasi yang ditetapkan dan kaedah pembayaran oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor perlulah konsisten.
5 ulasan:
tak penah tau pon pjg jmbtan pulau ping,,:) 13.5km
Sub kontraktor ni kebanyakan small company, bila tak dapat bayaran dari kontraktor utama, hidup susah pulak.
Salam...
Tuan dan puan,yg nak renovasi rumah,atau nak buat dari mula.
Boleh hubungi saya di talian 0102567880 (Fairin)
Salam tuan...
Ada solan. Boleh saya tahu tak, keburukan untuk membuat kerja kerja sub kontraktor ketika bersama dengan kontraktor utama. Adakah keburukan itu boleh di atasi ataupun tisak?
Catat Ulasan