Kontrak ' design and build' atau 'reka dan bina' bermaksud perlaksanaan projek akan diuruskan oleh pihak kontraktor yang dilantik dari peringkat awal sehingga siap yang merangkumi kerja-kerja penyediaan rekabentuk dan seterusnya melaksanakan kerja di tapak.
Perlaksanaan kontrak 'design and build' boleh dijalankan melalui 2 kaedah iaitu secara runding terus dan secara tender.
Dalam artikel ini, akan menyentuh tentang tatacara kontrak 'design and build' secara tender. Untuk kontrak 'design and build' secara runding terus akan diterangkan pada artikel akan datang.
Dalam sesetengah keadaan, apabila peruntukan sesuatu projek sudah diluluskan atau diperolehi serta memerlukan penyiapan projek yang segera, kaedah 'design and build' secara tender adalah satu kaedah yang paling berkesan dan cepat berbanding dengan kaedah konvensional.
Dalam kaedah konvensional, pihak klien atau majikan perlu melakukan proses perlantikan para perunding seperti Arkitek, Jurutera dan Juruukur Bahan bagi menyediakan keperluan rekabentuk. Proses perlantikan perunding ini, didapati menyumbang kepada kelewatan untuk memulakan kerja. Jadi sebagai alternatifnya, kaedah kontrak secara 'design and build' secara tender adalah merupakan langkah yang terbaik untuk mempercepatkan proses perlaksanaan kerja di tapak.
Terdapat bebarapa proses dalam perlaksanaan kontrak 'design and buld' secara tender yang diperincikan seperti berikut:
- Pihak klien atau majikan berhasrat untuk melaksanakan projek dan telah memperolehi kelulusan daripada pihak yang mengeluarkan peruntukan
- Pihak klien melalui jabatan teknik akan menetap skop kerja dan 'need of statement' untuk projek yang bakal dilaksanakan
- Dokumen tender akan disediakan dengan menggunakan Syarat-syarat kontrak JKR D&B version 2007 serta sesi lawatan tapak akan diadakan bagi menerangkan skop kerja kepada para petender
- Laporan penilaian tender yang merangkumi penilaian teknikal dan kewangan akan dijalankan setelah tender ditutup
- Penilaian teknikal yang dijalankan akan mengambil kira rekabentuk yang disediakan akan menepati kehendak 'nead of statement' yang telah ditetapkan oleh klien,
- Surat Niat (Letter of Intent) atau Surat Setujuterima Tender (Letter of Acceptance) akan dikeluarkan kepada petender yang berjaya selepas diputuskan oleh Lembaga Perolehan Jabatan yang berkenaan
- Sekiranya Surat Niat dikeluarkan, petender yang berjaya dikehendaki untuk menyediakan atau mematuhi berdasarkan isi Surat Niat tersebut, sekiranya gagal, Mesyuarat Lembaga Perolehan Jabatan perlu diadakan semula bagi memutuskan untuk memilih kontraktor yang seterusnya.
- Kontraktor yang berjaya dan dilantik untuk memulakan kerja di kehendaki untuk memulakan kerja dalam tempoh 2 minggu dari tarikh milik tapak
- Kontraktor yang berjaya juga berhak untuk membuat tuntutan bayaran pendahuluan dengan jumlah 25% daripada amaun kontrak atau maksimum sebanyak RM 10 Juta
- Sebelum kontrak ditandatangani oleh dua pihak, Contract Sum Analysis (CSA) dan Schedule Of Rate akan diselarasakan sekiranya perlu.
- Semasa projek berjalan, kontraktor dikehendaki untuk memohon bayaran kemajuan secara interim
- Tempoh kecacatan untuk kontrak 'design and build' secara tender adalah selama 24 bulan
- Pegawai Penguasa yang dipertanggungjawabkan oleh pihak klien untuk mengawasi sepanjang projek dikenali sebagai Pengarah Projek (P.P) atau Project Director (P.D)
Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com
2 ulasan:
24 tahun ke 24 bulan?
Terima Kasih encik 'Tanpa Nama' saya telah membuat pembetulan daripada 24 tahun kepada 24 bulan
Catat Ulasan