Current Visitor

Khamis, 11 Ogos 2011

SPP BIL 6 TAHUN 2011 - GARIS PANDUAN MENGENAI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAIN PENGUASA (S.O) DALAM MENYELIA PROJEK

Kementerian Kewangan (KK) telah mengeluarkan Garis Panduan terbaru mengenai 'Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Penguasa Dalam Menyelia Projek Kerajaan' melalui Surat Pekeliling Perbendarahaan Bil. 6 Tahun 2011.

Tujuan surat pekeliling ini dikeluarkan adalah berasaskan teguran dan laporan oleh Audit Negara berkenaan kelemahan-kelemahan oleh Pegawai Penguasa (P.P) dalam menyelia projek kerajaan semasa RMKe-9 hingga menyebabkan berlaku kelewatan penyiapan projek dan peningkatan kos.

Secara ringkasnya, Pegawai Penguasa (PP) hendaklah dilantik daripada kalangan yang layak terutamanya dari kalangan 'Teknikal'. Antara tugas-tugas Pegawai Penguasa (PP) seperti yang terkandung dalam kontrak adalah seperti berikut:

  • Penyeliaan, pemantauan kemajuan dan rekod tapak bina
  • Bayaran pendahaluan, perakuan interim dan potongan cukai pegangan (sekiranya ada)
  • Penilaian perubahan kerja dan akaun muktamad
  • Kelambatan dan Lanjutan Masa
  • Penyiapan kerja, penyerahan kerja dan kecacatan
  • Perakuan kerja tidak siap
  • Subkontraktor dinamakan; dan
  • Penamatan pengambilan kerja kontraktor
Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut:   http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp062011.pdf

0 ulasan: