Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan pelancaran projek MRT Sg Buloh- Kajang pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Projek ini dijangka bermula pada November 2011 dan siap pada tahun 2016. Penyiapan projek ini, dilihat akan memberi impak ekonomi dan kemudahan kepada kira-kira 400,000 orang pengguna sehari.
Projek yang mempunyai jarak sejauh 51 kilometer ini adalah bermula dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Daripada 51 kilometer itu, sejauh 9.5 kilometer laluan akan dibina dibawah tanah. Masa perjalanan untuk satu hala dari Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa selama 88 minit. Projek bernilai berbilion ringgit ini akan dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan diawasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berhad (SPAD).
Pembinaan projek MRT ini, akan meliputi sebanyak 31 stesen yang telah dimuktamadkan. Antara stesen tersebut ialah seperti berikut:
- Sungai Buloh
- Kg. Baru Sungai Buloh
- Kota Damasara
- Taman Industri Sg Buloh
- PJU5
- Dataran Sunway
- The Curve
- One Utama
- TTDI
- Seksyen 16
- Pusat Bandar Damansara
- Semantan
- KL Sentral
- Pasar Seni
- Warisan Merdeka
- Bukit Bintang Sentral
- Pasar Rakyat
- Cochrane
- Maluri
- Taman Bukit Ria
- Taman Bukit Mewah
- Leisure Mall
- Plaza Phoenix
- Taman Suntex
- Taman Cuepacs
- Bandar Tun Hussein Onn
- Balakong
- Taman Koperasi
- Saujana Impian
- Bandar Kajang
- Kajang
0 ulasan:
Catat Ulasan