Kontraktor Utama ialah pihak yang dilantik oleh pihak klien atau kerajaan bagi melaksanakan kerja. Walaubagaimanapun, perlaksanaan kerja Kontraktor Utama dibantu oleh Sub Kontraktor Dinamakan atau Nominated Sub Contractor (NSC) untuk kerja-kerja pakar seperti elektrik, mekanikal, lif dan lain-lain. Selain itu, perlaksanaan kerja oleh Kontraktor Utama juga dibantu oleh Domestic Contractor (DC) yang berperanan untuk menyiapkan kerja-kerja am seperti kerja binaan lantai, dinding bata, bumbung dan lain-lain.
Daripada pernyataan di atas, adalah difahami terdapat perbezaan peranan atau obligasi kontrak diantara Nominated Sub Contractor (NSC) dan Domestic Contractor (DC) yang di perincikan seperti berikut:
Bil | Nominated Sub Contractor (NSC) | Domestic Contractor (DC) |
1 | NSC ialah kontraktor pakar yang dilantik melalui peruntukan Wang Kos Prima di mana Kontraktor Utama akan dibayar profit dan attendance untuk kerja tersebut | DC ialah kontraktor yang dilantik sendiri oleh pihak kontraktor |
2 | NSC dilantik melalui proses perolehan atau procurement yang formal samaada melalui sebutharga atau tender | Perlantikan diuruskan sendiri oleh pihak Kontraktor Utama |
3 | NSC yang disyorkan atau dicadangkan oleh pihak klien akan berkontrak dengan pihak Kontraktor Utama | Jenis kontrak yang digunakan oleh Kontraktor Utama dan DC adalah bergantung kepada persetujuan 2 pihak |
4 | Jenis Kontrak antara NSC dan Kontraktor Utama dalam kontrak perolehan kerajaan ialah menggunakan Borang JKR 203N | Kontraktor Utama bertanggungjawab untuk membuat bayaran secara terus kepada DC |
5 | NSC layak untuk mendapatkan kemudahan Bayaran Pendahuluan atau Advanced Payment daripada pihak klien dengan nilai 20% daripada harga kontrak NSC atau maksimum RM 5 Juta | Kontraktor Utama mempunyai tanggungjawab sepenuhnya untuk mengawasi kerja yang dilaksanakan DC |
6 | NSC layak untuk mendapatkan kemudahan bayaran secara terus dari pihak klien / direct payment | Kontraktor Utama mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkaitan pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD), Sijil Tak Siap Kerja (CNC) atau Penamatan Kerja kepada DC |
7 | Sebarang proses pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD), Sijil Tak Siap Kerja (CNC) atau Penamatan Kerja oleh Kontraktor Utama kepada DC bergantung kepada klausa yang terdapat dalam Borang JKR 203N |
1 ulasan:
As salam semua.. Ada x sesiapa yang tau apa masalah subcon/kontraktor dimalaysia sekarang selain dari masalah payment? berminat nak tahu utk buat penyelidikan. Terima kasih :)
Catat Ulasan