Apabila sesuatu projek itu dirasakan mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa. Maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya.
Hampir semua jenis kontrak yang berkaitan kontrak pembinaan seperti Borang PAM atau Borang JKR 203 atau JKR D&B mengandungi peruntukan untuk pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) kepada pihak kontraktor.
Di dalam Borang JKR 203 versi 2007, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara alasan-alasan yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut:
- Force Majuare
- Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
- Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjian
- Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
- Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
- Kelewatan artis tradesman yang dilantik oleh klien
- Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
- Kelewatan perlantikan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC)
- Tempoh penyiapan asal akan berubah ke tempoh masa yang baru
- Kontraktor tidak boleh dikenakan Denda LAD
- Kontraktor perlu melanjutkan tempoh liputan untuk polisi insuran dan jaminan bank pada bon pelaksanaan atau bayaran pendahuluan (sekiranya perlu)
- Kontraktor diminta untuk mengemukakan program kerja (work programme) yang baru
4 ulasan:
salam... tuan boleh dapatkan/siarkan contoh sijil perakuan dan kelambatan masa tak? terima kasih
Ok, terima kasih, nanti sedikit masa saya akan pamerkan
Salam, contoh force majuare tu ape ye
Jika alasan eot disebabkan pengeluaran arahan tambahan kerja VO oleh klien @ SO..adakah kontraktor layak utk memohon penambahan kos dalam preliminaries?
Catat Ulasan