Tanah ialah suatu sumber terpenting dalam pembangunan sesuatu projek hartanah. Tanpa tanah, suatu projek hartanah tersebut tidak akan dapat dilaksanakan.
Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak klien atau pemaju untuk mendapatkan tanah iaitu dengan cara membeli terus daripada pemilik atau mengambilalih syarikat lain yang dipercayai mempunyai stok tanah yang banyak.
Walaubagaimanpun, dalam situasi semasa, dilihat persaingan untuk memperolehi stok tanah adalah sengit. Jadi wujudlah satu kaedah baru dalam projek pembangunan hartanah iaitu melalui kaedah usaha sama atau Joint Venture (JV).
Maksud kaedah usaha sama atau joint venture (JV) ialah melibatkan perkongsian antara dua pihak atau lebih dalam pembangunan suatu projek hartanah.
Terdapat 3 kaedah usahasama atau JV yang dikenalpasti di dalam pembangunan suatu projek hartanah iaitu seperti berikut:
(a) Syarikat Usahasama
(b) Perkongsian
(c) Usaha sama secara kontrak
a) Syarikat Usahasama
Syarikat Usahasama bermaksud satu syarikat usaha sama telah diwujudkan oleh 2 pihak atau lebih dalam perlaksanaan sesuatu projek. Syarikat Usahasama adalah dibenarkan untuk memiliki hartanah, memasuki kontrak atas nama syarikat kontrak hartanah dan boleh mengambil pekerja.Selain itu, para pelabur adalah dibenarkan untuk memiliki syer di dalam syarikat usaha sama dan berhak untuk memperolehi keuntungan dari projek yang dilaksanakan. Syarikat Usahasama adalah dibenarkan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank atau syarikat induk. Walaubagaimanapun, penubuhan syarikat usahasama adalah tertakluk kepada peraturan perundangan seperti perlu melengkapkan akaun, mengendalikan mesyuarat dengan pemegang syer dan melaporkan urusniaga pengarah.
b) Perkongsian
Ia adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961 iaitu perkongsian adalah diantara 2 pihak sehingga maksimum 20 pihak. Seksyen 2 Akta ada menyatakan terdapat hubungan antara beberapa pihak yang menjalankan perniagaan bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Pembentukan perkongsian hendaklah menurut proses undang-undang dengan menwujudkan kontrak antara pihak yang berkongsi. Setiap tindakan yang dibuat oleh pengkongsi akan mengikat pengkongsi lain. Tanggungjawan bersama di dalam perkongsian ialah menanggung hutang bersama. Dalam Seksyen 34(1) Akta Perkongsian juga ada menyatakan bahawa, sekiranya sesuatu perkongsian itu telah siap dilaksanakan, maka perkongsian tersebut telah dianggap bubar. Di dalam perkongsian, pihak yang terlibat tidak perlu mengemukakan akaun masing-masing. Oleh itu pengurusan perkongsian ini adalah dianggap satu rahsia. Belanja mentadbir perkongsian adalah lebih mudah dan murah berbanding syarikat usaha sama. Kelebihan perkongsian, dari segi cukai dimana setiap rakan kongsi boleh menuntut atau menafikan peruntukan modal bergantung kepada syer keuntungan. Oleh kerana perkongsian tidak mengandungi entiti perundangan, dari segi cukai, ia lebih telus. Manakala kekurangannya ialah liabliti adalah tanggungan bersama diantar semua pengkongsi.
c) Usaha sama Secara Kontrak
Bermaksud suatu perjanjian usaha sama di antara pemaju dan tuan tanah untuk berkongsi sumber-sumber dan keuntungan tanpa mewujudkan syarikat usaha sama atau perkongsian. Ciri-ciri usaha sama secara kontrak adalah melalui jualan hadapan, pajakan seiring dan penrjanjian pengurusan projek. Perkongsian keuntungan biasanya 60:40 antara pemaju dan pemilik tanah. Faktor-faktor yang menyumbang kepada usaha sama secara kontrak adalah disebabkan oleh sebab kekurangan tanah memperolehi tanah di lokasi strategik, pengurangan kos pembangunan, pengurangan risiko pelaburan dan meluaskan pasaran
Isnin, 14 Februari 2011
Projek Pembangunan Hartanah Secara Usahasama
11:16 PTG
No comments
0 ulasan:
Catat Ulasan