Perolehan tender adalah satu kaedah yang boleh dijalankan oleh agensi-agensi atau jabatan kerajaan untuk tujuan melaksanakan kerja, membekal barangan atau perkhidmatan.
Dalam rencana ini, perolehan tender yang akan difokuskan adalah dalam skop perlaksanaan tender 'kerja'. Perolehan tender kerja kebiasaannya adalah menggunakan lesen pendaftaran di bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Nilai kontrak untuk perolehan tender adalah bermula dari RM 500,000.00 dan ke atas. Ini bermakna, kelas pendaftaran PKK yang boleh dipanggil secara tender adalah bermula dari kelas D sehingga kelas A. Setiap kelas pendaftaran kontraktor mempunyai had perolehan yang berbeza yang disenaraikan seperti berikut:
Kelas A = RM 10 Juta Keatas
Kelas B = RM 5 Juta - RM 10 Juta
Kelas C = RM 2 Juta - RM 5 Juta
Kelas D = RM 500,000.00 - RM 2 Juta
Prosedur pemanggilan tender adalah bermula dengan pengeluaran notis iklan tender di akhbar-akhbar utama tempatan seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian dalam tempoh masa 21 hari. Lawatan tapak akan diadakan sekiranya perlu.
Setelah tender ditutup, laporan penilaian tender akan disediakan bagi tujuan untuk menganalisa dan menilai kemampuan kontraktor dari segi kesempurnaan dokumen, keupayaan kewangan, bilangan kerja di dalam tangan dan pengalaman kerja lepas.
Laporan penilaian tender yang telah siap, akan dimajukan ke Lembaga Perolehan Tender Agensi bagi tindakan pemilihan kontraktor yang layak untuk melaksanakan kerja.
Kontraktor yang telah dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender akan dikeluarkan Surat Setujuterima Tender (L.A) bagi tindakan memulakan kerja di tapak.
1 ulasan:
Prosedur tetap kena follow,walaupun ada arahan daripada pihak atasan
Catat Ulasan